PAGES

BANNER

SATAY



Resepi Sate
Sate yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah Sate Ayam, Sate Lembu dan Sate Kambing, namun terdapat pelbagai lagi jenis sate seperti Sate Perut, Sate Usus dan lain-lainnya.
Anda boleh menggunakan resepi ini untuk pelbagai jenis sate yang anda inginkan. 

Bahan
1 kg daging lembu/isi ayam
300-400 gram gula pasir
1 sudu makan garam

Bahan rempah (dikisar halus)
5 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan serbuk kunyit


Cara membuatnya
Potong dadu/nipis daging, rendamkan dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan daging yang direndam kemudian gaulkan rata bersama gula pasir, perapkannya setengah jam.
Pastikan dikisar halus bahan rempah dan gaulkan bersama daging yang telah diperap bersama gula tadi, tambah garam dan gaulkan rata. Perapkan lagi sekurang-kurangnya satu jam.
Cucuk daging dengan lidi buluh dan sedia untuk dipanggang 

Tip:
Bagi daging lembu atau kambing pastikan urat pada daging tersebut dibuang agar daging sate tidak liat semasa dimakan

No comments:

Post a Comment