PAGES

BANNER

SIAKAP 3 RASA

 

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA VERSI MUDAH

Bahan2:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana di goreng terlebih dahulu
buah nenas dipotong dadu(kuantiti mengikut citarasa anda)
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dipotong labu
2 sudu minyak masak
5 sudu besar sos cili(saya guna sos cili cap jagung)
2 sudu sos tiram
sedikit lobak merah/carrot di potong panjang2
3 sudu besar air
sedikit isi ayam(dipotong dadu/kalu tak nak letak pun tak pe)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
sedikit daun bawang/daun sup/mawang goreng untuk hiasan

Cara2:
1.goreng ikan siakap tadi dan ketepikan sementara
2.tumis bawang besar/bawang putih/nenas/isi ayam tadi..
3.masukkan sos cili dan sos tiram kacau hingga pecah minyak diatas api yg kecik je..
4.masukkan air dan kacau sebati
5.masukkan lobak merah/garam/gula/serbuk perasa dan biarkan agak mendidih sedikit baru lah masukkan ikan yg telah digoreng tadi...biarkan mendidih dalam 5-8 minit..
6.angkat dan masukkan dalam pinggan yg sesuaivdan tabur dgn daun bawang/daun sup/bawang goreng tadi..
7.sila la makan..jgn segan..hii hii

Amacam senang dan sangat simple kan...selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment