PAGES

BANNER

NASI GORENG PATAYA

Resepi Nasi Goreng Pattaya Special ^_^

Menu masakan Thai seringkali menjadi menu popular di restoran-restoran atau gerai-gerai makan. Ida dan suami juga merupakan penggemar masakan thai seperti tomyam dan sup. 


Menu lain yang berasal dari negara Thai juga ialah Nasi Goreng Pattaya. Nasi gorengnya lain dari yang lain kerana nasi gorengnya dibungkus dengan satu lapisan telur yang nipis. 

Menu dari Thai tak lepas dengan rasa pedas dan masam. Bahan-bahan seperti sos ikan, limau nipis, serai dan cili api betul-betul menjadikan menu nasi goreng thai atau nasi goreng pattaya ni sedap.

Kali pertama Ida masak nasi goreng pattaya dirumah...memang sedap. Rasa macam makan kat kedai pulak. hehe..Ok..Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi (nasi yang sejuk-dileraikan sehingga tidak berketul)
  • 1 keping dada ayam (dihiris nipis) - dilumurkan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah
  • 2 sudu besar kicap.
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu air perahan limau nipis
  • 1/2 batang serai (dihiris halus)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus) 
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2-3 hiris halia (dihiris nipis dan dipotong memanjang)
  • 3 cili api (dihiris halus/diketuk)- terpulang jika tak mahu pedas
  • 1/2 cawan sayur/kacang campur frozen (Rendam dengan air panas dan toskan)
  • Garam dan serbuk perasa rasa secukupnya
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Sedikit daun bawang (dihiris untuk hiasan)
  • Sedikit lada sulah (putih)
  • 2 biji telur ayam dipukul dengan ditambah 1 sudu kecil air
Cara-cara:
  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Goreng hirisan ayam seketika sehingga agak kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan ketepikan seketika. 
  2. Kemudian, dengan minyaknya sama (atau tambah sedikit jika kurang) tumiskan semua bahan-bahan yang dihiris halus (boleh juga ditumbuk) sehingga naik bau.
  3. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali sayur campur yang dipotong dadu.
  4. Kacau sekata dan tambahkan garam dan serbuk perasa.
  5. Jangan lupa hirisan ayam yang digoreng tadi. Masukkan dan gaul bersama.
  6. Kemudian masukkan nasi dan gaul serta kacau sehingga rata antara perencah dan nasi.
  7. Padam api dan ketepikan nasi goreng yang telah masak.

No comments:

Post a Comment