RESEPI PUDING KARAMEL
Bahannya :-
· 1 Cawan Gula
· 1/2 Cawan Air - utk karamel
· 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
· 5 Biji Telur
· 1 Tin Susu Cair
· Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK· Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
· Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
· Padamkan api
· Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
· Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
· Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
· Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula
· Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
· Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
· Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
· Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
· Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
· Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
· Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
· Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
· Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Cara saya mengukus didalam pemanggang tu :-
Bahannya :-
· 1 Cawan Gula
· 5 Biji Telur
- Isikan air kedalam pemanggang separuh paras tu.. tutup tunggu hingga air mendidih.
- Kemudian baru dimasukan bekas puding tu kedalam pemanggang, tutup dan masakan dalam masa 15-20 minit, tengok jika belum masak boleh tambah masa mengukus.
- Selepas tu tunggu sejuk sebentar baru dimasukan kedalam petiais. Apabila elok mengeras puding tu baru diterbalikkan.
No comments:
Post a Comment