PAGES

BANNER

JUS BUAH

Jus Epal @ Apple Juice

Assalamualaikum,
JUS SEGAR… ermmm bestnya minum sejuk atau suam.. Ummi selalu juga buat jus segar dirumah tak kira apa jenis buah (ikut stok yg ada kt rumah) samada jus tembikai, epal hijau / merah, carrot susu, oren, lemon, limau nipis + asam boi atau durian belanda (bestnyer.. tapi ikut musim).. Kadang-kadang ummi suka campur-campurkan buah ni jadi jus.. macam-macam perisa. hehehe.. ummi kan suka buat eksperimen tentang masak-memasak nie..
ok.. hari ni ummi nak kongsi resepi jus epal hijau.
Bahan-bahan
  • 1 biji epal hijau segar
  • 300 ml air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • sedikit ais batu
Cara-cara
  1. Epal hijau dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong 4 (jgn lupa buang tengah)
  2. Masukkan Epal, gula dan air kedalam blender dan blender sampai hancur
  3. masukkan ke dalam cawan dan tambah sedikit ais.
  4. boleh dihidangkan.
selamat mencuba…
Sambil tu mari kita kongsi khasiat epal ni..ummi ambil info ni dari blog Dr. Rozmey
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

No comments:

Post a Comment